Lawatan SSL Traders Hotel


Tentang Kami

NAMA PERTUBUHAN:

PERTUBUHAN PENGURUSAN

 TAHFIZ ANAK YATIM/MISKIN AMAL NUR QASEH

ALAMAT:

Lot. 162(15), Peti Surat 19, Kpg. Perwira, 34600 Kamunting Perak,

34600 Kamunting, Malaysia

PENGASAS:

012-5430322

E-MAIL:

ANURQASEH40@GMAIL.COM

NO AKAUN MAYBANK:

558305507906

 

PENGENALAN

 

PERTUBUHAN PENGURUSAN

  TAHFIZ ANAK YATIM/MISKIN AMAL NUR QASEH

adalah sebuah asrama anak-anak yatim/miskin

dan Tahfiz Al Quran di Kamunting, Perak. Asrama ini

ditubuhkan adalah untuk mendidik dan membela nasib anak-anak

yatim dan miskin bagi menjadikan mereka untuk menghadapi

cabaran masa akan datang.  Sejak awal  pertubuhan ini kami

berusaha menempatkan anak-anak yatim/miskin dibawah jagaan

dengan penuh kasih sayang. Bilangan anak-anak dibawah jagaan

kami dalam masa terdekat ini adalah seramai 26 orang.

Pertubuhan ini juga berhasrat untuk membina sebuah asrama baru

bagi menampung anak-anak yang semakin hari semakin bertambah

Untuk tujuan itu AMAL NUR QASEH merangka pelbagai

program dan projek untuk menjayakan ekonomi asrama

anak-anak yatim/miskin dan Tahfiz ini.

Semoga dengan sokongan anda semua, kita akan dapat mencapai

impian dan hasrat ini insyaallah.

LATAR BELAKANG

PERTUBUHAN PENGURUSAN

ASRAMA TAHFIZ ANAK YATIM/MISKIN AMAL NUR QASEH

telah ditubuhkan pada 10 Mei 2010.  Tujuan

penubuhan adalah untuk menyahut cabaran kerajaan untuk

membina MODAL INSAN untuk anak yatim/miskin. Berkat kesungguhan

pengurusan kami dan keperhatinan rakyat Malaysia,

pihak kami telah menyewa sebuah rumah kedai RM 900 sebulan.

Disini kami menempatkan 26 insan istmewa yang kami cuba

Penuhkan impian dan cita-cita mereka. Dengan harapan asrama

anak yatim/miskin  dan tahfiz ini akan terus mendapat

sokongan serta bantuan dari setiap golongan.

VISI

Visi Asrama Amal Nur Qaseh ialah menyediakan

satu prasarana di dalam  suasana Islam yang

sempurna dan terpelihara bagi melahirkan

anak-anak yatim/miskin yang berilmu, beramal,

bertanggungjawab serta menghormati orang tua dan

mewarisi perjuangan agama, bangsa dan negara yang

 

tercinta.

MISI

  • Membantu serta mengumpul anak-anak yatim/miskin dibawah satu bumbung
  • Menjaga, mendidik dan mengasuh anak-anak yatim/miskin dengan didikan Islam yang sempurna.
  • Membiayai dan menguruskan persekolah serta sara hidup mereka.
  • Menerima dan mentadbir sumbangan daripada masyarakat untuk anak-anak yatim/miskin.
  • Memberi nikmat kasih sayang serta perhatian dari seorang ibu dan ayah.
  • Menjalinkan kasih sayang di antara anak yatim/miskin dan masyarakat luar umumnya yang sama-sama ingin membuat kebaikan atas dasar mencintai ALLAH dan Sunnah Rasul.